kajian tentang penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan mahasiswa dan mahasisiwi

(ZZZT 2243) KEMAHIRAN MENULIS PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN MAHASISWA DAN MAHASISWI

AHLI KUMPULAN FIRAFAIZILA : MOHD FIRZIL BIN ISHAK A128262 FAIRUZ ADHA BT MOHAMMAD ROSLIN A122225 NOOR AZILAH BT SAMSUDIN A128744 SITI ARAFFAH BT MOHD HATTA A129616

NAMA PENSYARAH:

PUAN ROZMEL BINTI ABDUL LATIFF

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 4

2.0 Tujuan Kajian 4

3.0 Skop kajian 4

4.0 Kaedah Kajian 5

5.0 Hasil kajian 5

5.1 Pendahaluan 5

5.2 Definisi Teknologi Maklumat 6

5.3 Definisi Penyalahgunaan teknologi maklumat 6

5.4 Sejarah Teknologi Maklumat 6

5.5 Aplikasi Teknologi Maklumat 9

5.6 Penyalahgunaan Teknologi Maklumat di kalangan mahasiswa 9

5.6.1 Virus 9

5.6.2 Hak cipta 10

5.6.3 Pornografi 10

5.6.4 Penggertak 10

5.6.5 Pencerobohan 11

5.6.7 Ancaman dan fitnah 11

5.6.8 Pemalsuan maklumat 11

5.6.9 Pembaziran masa 11

5.7 Kesan Penyalahgunaan Teknologi Maklumat 12

5.7.1 Bentuk kolonialisme baru dunia 12

5.7.2 Penyebaran Bahan-bahan negatif 12

5.7.3 Pengaruh negatif kepada mahasiswa dan mahasiswi. 12

5.7.4 Ancaman terhadap pengguna teknologi maklumat 13

5.7.5 Penapisan Maklumat Siber yang sukar 13

5.8 Hasil soal selidik 14

6.0 Cara mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan pelajar UKM 33

• Memasukkan silibus Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pembelajaran 33

• Menguatkuasakan undang-undang berkenaan dengan penyalahgunaan teknologi maklumat 33

• Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat mahasiswa dan mahasiswi daripada mengakses ke laman web yang tidak bermoral. 33

• merendahkan gred pelajar yang didapati menyalin hasil kerja orang lain. 33

7.0 Rumusan Kajian 33

Dari 33

8.0 Penutup 33

Kajian kami telah membincangkan tentang aplikasi teknologi malumat, jenis-jenis penyalahgunaan teknologi maklumat, kesan penyalahgunaan teknologi maklumat, dan cara-cara mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan pelajar UKM. 33

9.0 Rujukan 33

Lampiran 34

1.0 Pengenalan

Tajuk kerja kumpulan kami adalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, teknologi maklumat merupakan sesuatu kemudahan yang dicipta untuk membantu manusia menjalankan kerja-kerja seharian. Tetapi pada masa kini, kemudahan yang disediakan ini semakin tidak dihargai. Manusia penyalahgunakan kemudahan yang sepatutnya dihargai ini. Antara penyalahgunaan yang sering berlaku ialah, penyebaran virus, plagiat, pornografi, pengertak, pencerobohan,ganguan mental dan seksual, ancaman,fitnah dan pemalsuan maklumat, mail bombing atau pengeboman emel, pemlsuan kepala emel, sebar emel sampah dan banyak lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis penyalahgunaan teknologi maklumat yang berlaku pada zaman kini; dan skop kajian kami terbatas pada pelajar Universiti Kebangsaan malaysia yang berumur di antara 19 hingga 30 tahun. Skop kami tidak meliputi pensyarah dan kakitangan-kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia yang lain. Kami menggunakan kaedah resensi perpustakaan sama ada sumber primer dan skunder. Antara bahan yang menjadi rujukan kami adalah buku, artikel, internet,video dan sebagainya. Kami juga menggunakan kaedah soal selidik yang kami jalankan di dalam kawasan UKM Bangi, di kalangan pelajar UKM itu sendiri. Hasil soal selidik kami dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS dan dapatan kajian kami akan dibentangkan dalam tajuk hasil kajian.

2.0 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengupas lebih lanjut tentang penyalahgunaan teknologi maklumat yang berlaku di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Skop kajian ini meliputi jenis-jenis penyalahgunaan teknologi maklumat yang sering dilakukan mahasiswa dan mahasiswi serta cadangan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Aspek ini dipilih kerana masih tidak ramai yang menyedari tentang kepentingan kemudahan teknologi maklumat dan semakin banyak berlaku penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya pelajar universiti. Pelajar juga kurang didedahkan kepada etika penggunaan teknologi maklumat.

3.0 Skop kajian

Kajian ini hanya melihat kepada mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala pembaca pula menjadi fokus bagi kajian penyalahgunaan teknologi maklumat kerana mereka adalah klien penting bagi karya seseorang penulis. Skop kajian tidak melihat dalam aspek yang lain seperti pekerja, pelajar sekolah, warga emas dan sebagainya.

4.0 Kaedah Kajian

Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan dimana penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber sama ada dalam bentuk data serta bahan sekunder atau primer. Bahan- bahannya terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mkirofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya. Kajian ini juga turut menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada kepada dua puluh lapan orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik boleh dirujuk di Lampiran 1.

5.0 Hasil kajian

5.1 Pendahaluan

Lima puluh tahun dahulu, penggunaan komputer adalah terhad. Ini adalah kerana saiz komputer adalah besar dan berat, pengendalian yang sukar dan kos pengujian yang tinggi. Tetapi apabila mikrokomputer wujud, segala-galanya bertukar dan hampir semua orang menggunakan komputer termasuklah jurutera, guru, saintis, kerani, pelajar, surirumah dan lain-lain mengikut bidang-bidang.

Namun apa yang ingin ditekankan di sini bukanlah sekadar komputer tetapi teknologi maklumat. Teknologi maklumat yang tercipta mempunyai tujuan dan sebab tertentu yang mana antara sebab terciptanya teknologi maklumat adalah untuk memberikan bantuan kepada manusia untuk menyelesaikan masalah, untuk mencetuskan kreativiti, dan menjadikan manusia lebih berkesan atau efektif dalam melakukan sesuatu kerja.

Jadi maksudnya di sini, tujuan teknologi maklumat ini diwujudkan adalah untuk memudahkan kerja seharian manusia, kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dengan adanya teknologi maklumat ini. Tugas yang mungkin hanya boleh disiapkan dalam masa seminggu dengan tenaga kerja manusia mungkin menjadi satu hari sahaja dengan adanya bantuan teknologi maklumat. Teknologi maklumat sangat banyak digunakan pada masa kini terutamanya dalam bidang media massa, penggangkutan, pejabat, sektor kewangan, pertanian, pendidikan, rumah, kesihatan, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan makanan, tenaga, dan sukan.

Terdapat pelbagai manfaat yang manusia perolehi daripada teknologi maklumat, antaranya adalah segala kerja akan menjadi lebih pantas. Sudah menjadi resamnya komputer boleh melakukan kerja dalam sekelip mata dan lebih cepat berbanding manusia. Selain itu, kerja juga akan menjadi konsisten kerana komputer mampu melaksanakan tugas berulang-ulang kali tanpa letih. Ketepatan juga merupakan satu kredit kepada teknologi maklumat. Hal ini disebabkan komputer yang berupaya mengesan perbezaan yang amat kecil dan kurang melakukan kesilapan. Namun, kemudahan teknologi maklumat yang tersedia ini telah menyebabkan ramai pengguna menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

5.2 Definisi Teknologi Maklumat

Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary (Hornby, 1993)

‘Teknologi Maklumat (Maklumat Sains ialah satu kajian atau kegunaan suatu pemperoses data ( terutama komputer, alat komunikasi dan sebagainya) bagi menyimpan, menerima dan menghantar semua jenis maklumat (seperti perkataan, nombor dan gambar).’(muka surat 641).

5.3 Definisi Penyalahgunaan teknologi maklumat

Penyalahgunaan di sini bermaksud digunakan pada jalan yang salah atau jalan yang membawa kepada kesan negatif kepada orang lain. Jadi penyalahgunaan teknologi maklumat bermaksud menggunakan teknologi maklumat pada jalan yang salah.

5.4 Sejarah Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat dari aspek sejarah dan perkembangannya telah mengalami satu peredaran yang unik semenjak beribu-ribu tahun dahulu lagi. Ia berdasarkan kepada maklumat atau tinggalan sejarah yang telah diwujudkan semenjak dari penciptaan manusia lagi iaitu penciptaan Adam dan Hawa. Manusia pada setiap zaman menggunakan pelbagai teknik untuk menyimpan, menerima dan memperoses maklumat.

Menurut Alvin Tofler, masyarakat telah berada dalam tiga gelombang iaitu gelombang pertanian, gelombang perindustrian dan gelombang maklumat. Gelombang pertanian merupakan suatu era apabila kebanyakan pekerja adalah petani yang kehidupan berkisar dengan pertanian. Bagi, gelombang perindustrian pula merupakan suatu era apabila proses dipermudah melalui pemekanikan dan automasi serta bilangan yang bekerja dalam pembuatan terus bertambah. Manakala, gelombang maklumat pula adalah suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan malumat.

Ketika gelombang pertanian, kebanyakan individu melibatkan diri dalam aktiviti pertanian, sebagai contohnya petani yang menggunakan tenaga kerja manusia atau khususnya tangan untuk melakukan setiap kerja dalam bertani. Namun apabila masuknya gelombang perindustrian kebanyakan kerja dilaksanakan oleh mesin yang mana mesin ini sedikit sebanyak memudahkan kerja manusia. Jika dibandingkan dengan gelombang pertanian, gelombang perindustrian adalah lebih berkesan. Seterusnya apabila muncul gelombang teknologi maklumat dalam kehidupan manusia segala kerja seboleh-bolehnya dipermudahkan dengan bantuan teknologi maklumat dan segala kerja dapat dijalankan dengan lebih efektif.

Zaman teknologi maklumat terbahagi kepada empat zaman iaitu zaman Pra Mekanikal (3000 S.M. – 1450 M), Mekanikal (1450- 1840 M ) , Elektromekanikal (1840-1940 M), Elektronik (1940- sekarang).

Pra Mekanikal 3000 S.M. – 1450 M. Pada peringkat awal hanya bergantung kepada daya ingatan untuk menyimpan maklumat. Mesopotamia iaitu Kaum Sumeria merupakan kaum yang mula memperkenalkan sistem tulisan yang dikenali sebagai “Cuneiform” yang berasaskan simbol. Kaum Sumeria juga telah mencipta sejenis alat tulis untuk ditulis di atas tanah liat basah. Hal ini menunjukkan teknologi yang terawal dicipta oleh masyarakat dunia. Manakala, lebih kurang pada tahun 2600 S M, Kaum Mesir mula menulis di atas kertas yang dibuat daripada kulit kayu pokok papyrus. Seterusnya, pada tahun 100 M, bangsa China telah mencipta kertas dari pulpa pokok. Melalui detik inilah kita dapat lihat perkembangan pembuatan kertas dan selepas waktu itu, buku mula diperkenalkan oleh kaum Sumeria hasil dari gabungan kertas-kertas yang digunakan. Pada zaman ini jugalah wujudnya sistem nombor dalam masyarakat Arab. Nombor satu hingga sembilan juga diperkenalkan pada zaman ini oleh orang India pada tahun 100-200 M. Teknologi penciptaan mesin kira juga bermula pada zaman ini di Abacus (Mesir).

Bermulanya zaman Mekanikal pada tahun 1450 M sehingga 1840 M. Pada peringkat awal zaman ini, buku dan perpustakaan adalah suatu yang terhad atau ekslusif untuk golongan kaya, gereja dan kerajaan. Namun setelah itu, muncul idea untuk mencipta peralatan dari pelbagai bahan untuk membolehkan ianya dicapai oleh semua orang. Pada zaman mekanikal ini juga, Johann Gutenberg yang berasal dari Jerman telah mencipta Movable metal-type printing press. Penciptaannya telah menyebabkan berlakunya Ledakan Pertama Teknologi Maklumat. Di sinilah titik tolak bermulanya ledakan teknologi maklumat yang semakin berkembang pada zaman sekarang. Penciptaannya telah membawa kepada perubahan kehidupan manusia dari segi penyebaran maklumat, pendidikan dan sebagainya.

Siri penciptaan mesin kira untuk matematik pula telah dicipta oleh Slide Rules dan seterusnya dikembangkan lagi oleh Pascaline. Namun, disebabkan permintaan yang memberangsangkan dari masyarakat kepada teknologi yang berkuasa tinggi bagi menyokong peningkatan maklumat yang serba canggih maka berlakulah penukaran maklumat dan pengetahuan. Penukaran maklumat ini berlaku dalam bentuk Denyutan Elektrik (Electrical Impulses). Pemintaan ini berlaku atas kesedaran individu tentang kepentingan teknologi maklumat.

Sejak dari itulah mulanya sistem komunikasi dalam kehidupan manusia. Maka setelah itu, bermulalah penciptaan alat telekomunikasi seperti telegraf oleh kod Morse pada tahun 1835, telefon pula oleh Elexander Graham Bell pada tahun 1876 dan radiooleh Marconi pada tahun 1894. Electromechanical Computing pula telah dimulakan oleh Herman Hollerith pada tahun 1880an. Setelah itu, Howard Aiken telah menggabungkan ciptaan Hoolerith dan ciptaan Babbage iaitu general purpose programmable computing machine pada tahun 1930an dan 1940an, Automatic Sequence Controlled Calculator (ASCC) yang dikenali sebagai Mark 1 yang mempunyai ukuran agak besar iaitu 8 kaki tinggi, 51 kaki panjang, 2 kaki lebar, berat 5 tan, menggunakan 750,000 bahagian.

Akhir sekali adalah zaman Elektronik iaitu dari tahun 1940 hinggalah sekarang. Bermula dari zaman inilah berlakunya revolusi penciptaan komputer dan era teknologi maklumat. Pada zaman elektronik atau zaman sekarang amnya, kehidupan manusia kebanyakkannya berteraskan kepada teknologi maklumat. Segala kerja terutamanya di kawasan bandar mempunyai kebergantungan kepada teknologi maklumat. Teknologi maklumat pada zaman ini meliputi pelbagai bidang terutama pendidikan. Era teknologi maklumat dan komunikasi pula bermula pada alaf baru dan kebanyakkan teknologi maklumat berasaskan komunikasi. Semakin banyak peralatan dicipta berasaskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi seperti telefon bimbit, komputer telapak dan notebook. Pada zaman kini, teknologi maklumat semakin berkembang pesat sehingga tidak semua orang berjaya mengikuti perkembangannya.

5.5 Aplikasi Teknologi Maklumat

Menurut A.Razak Hamdan et al.2004, teknologi maklumat melaksanakan enam fungsi pengendalian maklumat iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, capaian semula dan penghantaran. Dalam kebanyakan hal, dua atau lebih fungsi dijalankan serentak. Kesemua enam fungsi ini bergabung untuk memudahkan kerja seharian manusia dan terutamanya yang ingin kita fokus di sini adalah rakyat malaysia.

Antara teknologi maklumat yang digunakan di Malaysia ialah My Kad, Internet dan Intranet, Pangkalan maklumat, Infokios, dan Laman Web, Teknologi dan Perisian komputer, E-dagang, Teleperubatan dan Telekesihatan, dan kerajaan elektronik.

My Kad atau kad pintar telah menjadi satu teknologi baru yang digunakan dan diperkenalkan oleh Bank Islam. Walaupun pada awalnya kad pintar ini agak lambat diterima oleh orang ramai, namun kini bukan sahaja pihak bank yang menggunakannya tetapi juga pihak penggangkutan dan tol seperti perkhidmatan touch and go dan smart tag juga turut menggunakannya kemudahan ini. Kad pintar ini juga kini digunakan di pejabat sebagai kad pekerja dan sebagainya. My Kad ini sangat efektif kerana ia mengantikan dua dokumen utama iaitu kad pengenalan dan lesen memandu disamping memuatkan empat aplikasi lain iaitu pasport, kesihatan, e-tunai dan prasarana kekunci awam. Prasarana kekunci awam adalah untuk urusan perdaganagn melalui internet menggunakan sijil digital.

5.6 Penyalahgunaan Teknologi Maklumat di kalangan mahasiswa

5.6.1 Virus

Penyebaran virus antara salah satunya penyalahgunaan teknologi maklumat yang berlaku di kalangan penuntut universiti itu sendiri. Menyebarkan virus mampu merosakkan sistem, data, perisian dengan sengaja dan lebih teruk lagi apabila ia melumpuhkan rangkaian komputer. Penyebaran virus ini boleh melalui pelbagai cara terutamanya melalui lapiran atau attachment pada mel e, dan menghantar fail. Hampir semua jenis penyebaran virus menggunakan email attachment. Hal ini kerana, semua pengguna internet kerap menggunakan email untuk berkomunikasi antara satu sama lain, fail-fail ini sengaja dibuat menarik perhatian seperti tajuk yang menarik peggunanya untuk membuka fail. Antara contoh medium penyebaran virus adalah melalui disket,pen drive atau media storage yang lain, jaringan WLAN dan sebagainnya,melalui internet, software yang freeware dan shareware.

5.6.2 Hak cipta

Antara penyalahgunaan teknologi maklumat yang dibincangkan dalam kajian ini adalah memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran. Ramai yang masih tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu mengambil tahu bahawa memuat turun perisian atau dokumen tanpa kebenaran ini adalah salah di sisi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu tetapi diberi pengecualian jika perisian sememangnya diberikan secara percuma di internet. Namun ia tetap mempunyai tempoh tertentu untuk menggunakan perisian tersebut sebelum ia tidak boleh digunakan lagi. Manakala bagi memuat turun dokumen tanpa kebenaran adalah sangat berleluasa di kalangan para mahasiswa dan mahasiswi. Kebanyakkan para pelajar menggunakan sumber internet iuntuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Pelajar tidak merasa bersalah copy and paste hasil kerja orang lain dan diletakkan sebagai hasil kerja sendiriSelain itu juga, mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung menggunakan perisian cetak rompak atau pirates berbanding yang original kerana harganya yang lebih murah. Disebabkan faktor kewangan dan rakan-rakan ramai mahasiswa mahasiswi menggunakan perisian cetak rompak walaupun jika dikaji dari segi kualiti adalah lebih rendah berbanding yang original malah sangat mudah untuk mengalami kerosakan.

5.6.3 Pornografi

Pornografi bermaksud laman web lucah atau tidak sopan. Kebanyakkan masalah penyalahgunaan dalam kalangan pelajar ialah melihat video-video dan bahan-bahan yang berunsuf pornografi. Malah bukan itu sahaja, terdapat juga individu-individu yang tidak bertanggunagjawab melakukan aktiviti haram seperti menyebar video-video lucah di internet dan tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan haram tersebut di internet.

5.6.4 Penggertak

Penggertak atau cracker adalah seseorang yang memecah masuk ke sistem komputer orang lain dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan jahat. Pecah masuk sistem dilakukan seolah-olah untuk menunjukkan kelemahan dalam sistem keselamatan laman. Penggertak tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan oleh pihak lain untuk tujuan memusnahkan bagi mendapatkan keuntungan jahat.

5.6.5 Pencerobohan

Pencerobohan bermaksud seseorang pengguna komputer atau user menggunakan kemudahan teknologi maklumat untuk masuk ke sistem komputer orang lain dan mengambil fail-fail orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, melaksanakan sebarang aktiviti pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri ( intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya atau dengan istilah lain memintas mel elektronik orang lain. Di samping itu, terdapat juga pencerobohan peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. Antara contoh lain ialah perisian kuda Troy yang merupakan atur cara yang mengandungi helah di dalamnya. Atur cara ini kononnya berfaedah atau menarik tetapi sebenarnya mengandungi suruhan yang diletakkan oleh pencipta atur cara untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila atur cara tersebut dijalankan.

5.6.6 Ganguan mental dan seksual

Ganguan mental dan seksual bermaksud melakukan perilaku atau yang menyebabkan kekacauan dan ketegangan kepada fikiran individu yang lain. Sebagai contoh, menyebarakan link atau pautan di dalam mel elektronik dan membawa ke laman web lucah dan sebagainya. Selain itu, pengedaran gambar-gambar lucah melalui mel spam juga membawa kepada ganguan mental dan seksual.

5.6.7 Ancaman dan fitnah

Ancaman dan fitnah sering berlaku dalam dunia teknologi maklumat. Antara contoh yang terdekat adalah fitnah yang sering menjalar di kalangan artis-artis tanah air yang membawa kepada perceraian, pergaduhan dan sebagainya.

5.6.8 Pemalsuan maklumat

Pemalsuan maklumat bermaksud memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online).

5.6.9 Pembaziran masa

Pembaziran masa berlaku apabila ramaja menjadi ketagih menggunakan kemudahan teknologi maklumat sehingga terlupa untuk makan, minum dan tidur. Antara pembaziran masa yang berlaku ialah pelajar menghabiskan masa dengan bermain permainan atas talian yang tidak membawa banyak faedah kepada permainnya. Bukan sahaja pembaziran masa yang berlaku, malah pembaziran tenaga dan juga wang ringgit.

5.7 Kesan Penyalahgunaan Teknologi Maklumat

5.7.1 Bentuk kolonialisme baru dunia

Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku dalam era teknologi maklumat member kesan yang amat besar terhadap kemerdekaan. Kolonial baru dan tatacara baru dunia merupakan rancangan kuasa Barat untuk menakluki semula kebebasan yang telah dicapai oleh negara-negara membangun . Ini kerana negara membangun yang masih lemah dari segi teknologi maklumat tidak dapat menyekat perkembangan teknologi maklumat yang mengancam kemerdekaan yang dicapai. Bukan itu sahaja, wujudnya penjajahan bentuk baru, khususnya melalui internet terhadap Negara membangun merupakan agenda politik yang mengancam kemerdekaan negara membangun.

5.7.2 Penyebaran Bahan-bahan negatif

Kemantapan teknologi maklumat tanpa sempadan memang tidak dapat dinafikan. Keupayaan jaringan bebas menyelusup kemana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan menyebabkan senang untuk bahan-bahan negatif seperti gambar pornografi tersebar luas. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir menyebarkan fahaman-fahaman tertentu seperti penghinaan terhadap agama, unsure-unsur yang bercanggah dengan kesopanan budaya kita dan banyak lagi perkara yang salah.

5.7.3 Pengaruh negatif kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Rangkaian internet sekiranya dilihat dari aspek tertentu, merupakan sesuatu yang sangat kompleks kerana memiliki komponen-komponen mikro yang tidak biasa. Internet kebiasaannya menyediakan seksyen yang menarik seperti borak melalui internet,berbincang dan bertukar idea.

Tetapi, disebabkan kecanggihan yang dimiliki oleh teknologi maklumat ini menyebabkan brlaku satu permasalahan timbul di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Antaranya ialah pelayaran laman web yang berunsur pornografi yang semakin serius di kalangan remaja. Ini berlaku kerana mudahnya untuk mencari gambar-gambar pornografi tanpa diketahui orang lain yang mana akhirnya telah menyebabkan mereka ketagihan dalam pencarian gambar pornografi yang akhirnya boleh menyebabkan berlakuny gejala- gejala social seperti pergaulan bebas, bohsia, pembuangan bayi, rogol dan kes- kes jenayah yang lain.

5.7.4 Ancaman terhadap pengguna teknologi maklumat

Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena penggodam komputer . Mereka cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun, masih lagi penggodam computer yang hanya menjalankan aktiviti pencerobohan maklumat peribadi untuk keseronokan tanpa memikirkan kesan yang buruk yang bakal dihadapi kelak

Kebiasaannya, mereka yang suka menceroboh sistm rangkaian computer, mencuri maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat atau virus bagi menggangu system rangkaian computer lain seterusnya menyebabkan kerosakan teruk. Ada juga penggodam computer yang menceroboh sistem rangkaian komputer untuk meniru atau mencuri data yang mana ia terbukti berdasarkan satu kes yang pernah berlaku di Texas.

Bukan itu sahaja, kelebihan yang dimiliki dalam teknologi maklumat ini juga dengan mudah diperalatkan oleh pengganas dan juga kartel dadah. Ini juga terbukti apabila seorang pembekal dadah menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah lain untuk mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia.

5.7.5 Penapisan Maklumat Siber yang sukar

Dalam zaman yang serba canggih, muncul pelbagai perantaraan yang boleh menjadi ejen baru penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, penapisan terhadap teknologi maklumat, terutama internet bukanlah suatu yang mudah memandangkan pertumbuhan bilangan pengguna yang menyertai industry ini setiap hari. Bukan itu sahaja, internet juga tidak mempunyai badan-badan penapis yang rasmi. Dalam hal ini, penapis utama ialah hati nurani pengguna itu sendiri.

Walaupun usaha-usaha telah diambil untuk menapis medium ini, namun nampaknya usaha ini masih menemui jalan buntu apabila tiada undang-undang yang berkaitan yang boleh mendakwa pihak yang mengalahgunakan medium ini.

5.8 Hasil soal selidik

Kami telah mengedarkan boring soal selidik kepada 28 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

yang terdiri daripada beberapa peringkat umur seperti yang ditunjukkan di dalam graf di bawah.

Dari kaji selidik yang dijalankan,kami mendapati mojoriti responden kami terdiri daripada pelajar UKM yang berumur di antara 19 hingga 25 tahun. Had umur responden yang menjawab soal selidik kami adalah pelajar yang berumur 19 tahun hingga 30 tahun.

Soalan 1

Saya menggunakan laman sosial maya seperti facebook, twitter, Friendster, skype dan Hi5

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang menggunakan laman sosial maya. Setelah dianalisis, kami mendapati sebanyak 12 peratus dari responden dari kalangan mahasiswi dan 0 peratus dari mahasiswa sangat tidak setuju, 0 peratus responden dari kalangan mahasiswi dan 0 peratus dari kalangan mahasiswa tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 53 peratus mahasiswi dan 54 peratus dari kalangan mahasiswa, bagi sangat setuju pula sebanyak 35 peratus mahasiswi dan 35 peratus dari kalangan mahasiswa.

Soalan 2

Saya menggunakan laman sosial maya hanya untuk mencari kenalan baru

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang menggunakan laman sosial maya untuk mencari kenalan baru. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 9 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 35 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 27 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 35 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 27 peratus mahasiswa dan 29 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 37 peratus mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 3

Saya tidak menggunakan laman sosial maya untuk tujuan yang negatif

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang menggunakan laman sosial maya untuk tujuan negatif. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 0 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 15 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 0 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 28 peratus mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 72 peratus mahasiswa dan 60 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 4

Saya lebih suka melayari laman-laman sosial berbanding laman berunsur pembelajaran

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang lebih suka melayari laman-laman sosial berbanding laman berunsur pembelajaran. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 9 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 36 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 55 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 40 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 9 peratus mahasiswa dan 17 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 38 peratus mahasiswa dan 6 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 5

Saya lebih banyak menghabiskan masa melayari internet berbanding mengulangkaji pelajaran

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang lebih banyak melayari internet berbanding mengulangkaji pelajaran. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 28 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 25 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 16 peratus mahasiswa dan 36 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 28 peratus mahasiswa dan 12 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 6

Saya pernah tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan di internet

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang pernah tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan diinternet. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 46 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 54 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 35 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 34 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 8 peratus mahasiswa dan 10 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 8 peratus mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 7

Saya menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan sumber yang berunsur pornografi

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan sumber yang berunsur pornografi. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 72 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 70 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 0 peratus mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 0 peratus mahasiswa dan 0 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 8

Program yang saya muat turun dari internet menyebabkan program yang sedia ada rosak

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang mendapat kesan buruk dari memuat turun iaiatu merosakkan pogram yang sedia ada. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 28 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 24 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 36 peratus mahasiswa dan 42 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 8 peratus mahasiswa dan 6 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 9

Saya selalu memuat turun video dan lagu daripada internet

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang selalu memuat turun video dan lagu daripada internet. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 0 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 0 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 8 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 18 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 28 peratus mahasiswa dan 40 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 66 peratus mahasiswa dan 40 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 10

Saya tidak berasa bersalah memuat turun perisian-perisian tanpa kebenaran

Bar graf menunjukkan peratusan pelajar UKM yang tidak rasa bersalah memuat turun perisian-perisian tanpa kebenaran. Setelah dianalisia, kami mendapati sebanyak 28 peratus dari responden dari kalangan mahasiswa dan 25 peratus dari mahasiswi sangat tidak setuju, 28 peratus responden dari kalangan mahasiswa dan 30 peratus dari kalangan mahasiswi tidak setuju, manakala bagi peratusan responden yang setuju sebanyak 16 peratus mahasiswa dan 36 peratus dari kalangan mahasiswi, bagi sangat setuju pula sebanyak 28 peratus mahasiswa dan 12 peratus dari kalangan mahasiswi.

Soalan 11

Saya tahu sesetengah program yang saya muat turun melalui internet mengandungi ‘spyware’

Soalan 12

Saya sering menerima virus dari sumber yang tidak diketahui

Namun, dari hasil kaji selidik kami, tidak ramai mahasiswa dan mahasiswi yang melakukan penyalahgunaan ini tetapi kebanyakkan mereka adalah mangsa kepada penyebaran virus itu sendiri.

Soalan 13

Saya selalu menerima pautan (link) yang membawa kepada laman web negatif

Soalan 14

Saya sering menerima emel yang meminta atau lebih tepatnya memerangkap saya untuk memberikan maklumat peribadi

Soalan 15

Saya tidak mempercayai sesetengah maklumat yang disebarkan melalui internet

Soalan 16

Saya sering menerima emel yang menawarkan ganjaran lumayan

Soalan 17

Saya pernah menyebarkan maklumat palsu melalui internet

Soalan 18

Saya tahu maklumat palsu yang disebarkan melalui teknologi maklumat boleh membawa perbalahan

Soalan 19

Saya tahu cara untuk memintas email orang lain

Soalan 20

Saya tahu cara untuk mengetahui ‘password’ orang lain

Soalan 21

Saya selalu menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang berunsur negatif

Soalan 22

Saya selalu menerima mesej (SMS) yang memberi tawaran atau ganjaran yang tidak munasabah

Soalan 23

saya selalu membuat salinan fotokopi bagi sesetengah rujukan kerana lebih murah

Soalan 24

Saya lebih suka membeli CD atau DVD cetak rompak kerana lebih murah

Soalan 25

Saya tidak suka mematuhi peraturan dalam menggunakan Teknologi maklumat

Soalan 26

Saya tidak tahu etika dalam menggunakan teknologi maklumat

Soalan 27

Saya menggunakan Teknologi Maklumat untuk tujuan yang berfaedah sahaja

Soalan 28

Saya menyokong sekiranya etika penggunaan Teknologi Maklumat dimasukkan ke dalam sistem pembelajaran

Soalan 29

Saya menyokong sekiranya tindakan dikenakan kepada individu yang menyalahgunakan kemudahan Teknologi maklumat

Soalan 30

Saya tidak akan melanggari etika dalam menggunakan Teknologi Maklumat

6.0 Cara mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan pelajar UKM

• Memasukkan silibus Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pembelajaran

• Menguatkuasakan undang-undang berkenaan dengan penyalahgunaan teknologi maklumat

• Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat mahasiswa dan mahasiswi daripada mengakses ke laman web yang tidak bermoral.

• merendahkan gred pelajar yang didapati menyalin hasil kerja orang lain.

7.0 Rumusan Kajian

Dari

8.0 Penutup

Kajian kami telah membincangkan tentang aplikasi teknologi malumat, jenis-jenis penyalahgunaan teknologi maklumat, kesan penyalahgunaan teknologi maklumat, dan cara-cara mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan pelajar UKM.

9.0 Rujukan

Abdul Razak Hamdan, M. Zakree A. Nazri, M. Faidzul Nasrudin, Hafiz M. Sarim,

M. Shanudin Zakaria, Yazrina Yahya, M. Zamri Murah. 2004. Teknologi Maklumat

dan Komunikasi. McGraw-Hill Companies.

Zawiyah M. Yusof, Nazura A. Manap, Masnizah Mohd, Azizi Abdullah, Hafiz Mohd Sarim,

Tengku Mohd Tengku Sembok. 2005. Teknologi Maklumat & Komunikasi: Etika,

Undang-undang dan Sosial. McGraw-Hill Companies.

Lampiran

Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini adalah untuk mengkaji penyalahgunaan Teknologi Maklumat yang berlaku di kalangan mahasiswa dan mahasiswi serta cara yang baik untuk mengatasi masalah ini. Kerjasama anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN A:

Tandakan (  ) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina

Lelaki Perempuan

2. Umur

Kurang daripada 19 tahun 19-25 tahun

25-30 tahun Lebih daripada 30 tahun

3. Fakulti_________________________________

4. Kelayakan akademik

SPM

Matrikulasi

Diploma

Ijazah Sarjana Muda

Lain-lain (nyatakan):_________________

BAHAGIAN B

Soalan-soalan di bawah ini memerlukan persetujuan anda mengenai penyalahgunaan Teknologi Maklumat dan cara mengatasinya. Sila tandakan (  ) bagi maklum balas anda mengikut kepentingan berikut di kotak yang disediakan:

1 2 3 4

Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Bil Perkara 1 2 3 4

1 Saya menggunakan laman sosial maya seperti facebook, twitter, Friendster, skype dan Hi5

2 Saya menggunakan laman sosial maya hanya untuk mencari kenalan baru

3 Saya tidak menggunakan laman sosial maya untuk tujuan yang negatif

4 Saya lebih suka melayari laman-laman sosial berbanding laman berunsur pembelajaran

5 Saya lebih banyak menghabiskan masa melayari internet berbanding mengulangkaji pelajaran

6 Saya pernah tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan di internet

7 Saya menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan sumber yang berunsur pornografi

8 Program yang saya muat turun dari internet menyebabkan program yang sedia ada rosak

9 Saya selalu memuat turun video, lagu daripada internet

10 Saya tidak berasa bersalah memuat turun perisian-perisian tanpa kebenaran

11 Saya tahu sesetengah program yang saya muat turun melalui internet mengandungi ‘spyware’

12 Saya sering menerima virus dari sumber yang tidak diketahui

13 Saya selalu menerima pautan (link) yang membawa kepada laman web negative

14 Saya sering menerima emel yang meminta atau lebih tepatnya memerangkap saya untuk memberikan maklumat peribadi

15 Saya tidak mempercayai sesetengah maklumat yang disebarkan melalui internet

16 Saya sering menerima emel yang menawarkan ganjaran lumayan

17 Saya pernah menyebarkan maklumat palsu melalui internet

18 Saya tahu maklumat palsu yang disebarkan melalui teknologi maklumat boleh membawa perbalahan

19 Saya tahu cara untuk memintas email orang lain

20 Saya tahu cara untuk mengetahui ‘password’ orang lain

21 Saya selalu menerima mesej pesanan ringkas (SMS) yang berunsur negatif

22 Saya selalu menerima mesej (SMS) yang memberi tawaran atau ganjaran yang tidak munasabah

23 saya selalu membuat salinan fotokopi bagi sesetengah rujukan kerana lebih murah

24 Saya lebih suka membeli CD atau DVD cetak rompak kerana lebih murah

25 Saya tidak suka mematuhi peraturan dalam menggunakan Teknologi maklumat

26 Saya tidak tahu etika dalam menggunakan teknologi maklumat

27 Saya menggunakan Teknologi Maklumat untuk tujuan yang berfaedah sahaja.

28 Saya menyokong sekiranya etika penggunaan Teknologi Maklumat dimasukkan ke dalam sistem pembelajaran

29 Saya menyokong sekiranya tindakan dikenakan kepada individu yang menyalahgunakan kemudahan Teknologi maklumat

30 Saya tidak akan melanggari etika dalam menggunakan Teknologi Maklumat.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

.

2 Response to "kajian tentang penyalahgunaan teknologi maklumat di kalangan mahasiswa dan mahasisiwi"

  1. fir says:
    June 17, 2010 at 12:51 PM

    kertas cadangan ini adlah penglibatan semua ahli firafaizila...mungkin ahli2 kelihatan tidak aktif walhal mereka bekerjasama antara satu sama dalam menyiapkan kertas cadangan ini...kebayakkan mereka menggunakan nama domain kumpulan dalam mege'post' maklumat....atau dalam erti kata yang lain...mereka menggunakan id kumpulan...

  2. Aziz says:
    July 18, 2019 at 7:44 AM

    minta kebenaran tuk ambil sedikit drpd maklumat ini tuk folio svk t.4 kmi

Post a Comment