AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA

AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA 1998


Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai kuasa untuk mengawasi dan mengawal seliaaktiiti komunikasi dan multimedia di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang komunikasi dan multimedia Malaysia dan bagi perkara berkaitan. [ 1 November 1998 P.U. (B) 451/1998]

Seksyen 2. Mula berkuat kuasa.

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 3. Tafsiran.

Dalam Akta ini,melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

"anggota " ertinya Pengerusi dan anggota Suruhanjaya yang lain yang dilantik di bawah seksyen 6;

"jawatankuasa " ertinya jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 15;

"Kumpulan Wang " ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 38;

"Menteri " ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;

"pekerja " termasuklah pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 49;

"Pengerusi " ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 6(a );

"Suruhanjaya " ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

"undang-undang komunikasi dan multimedia " ertinya Akta ini dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588 ],dan
termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu,dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki menjalankan apa-apa fungsi.



Seksyen 6. Keanggotaan Suruhanjaya.

Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:



    (a) seorang Pengerusi; (b) tiga orang anggota yang mewakili Kerajaan;dan (c) tidak kurang daripada dua orang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain.

Seksyen 4. Penubuhan Suruhanjaya.

(1) Maka inilah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ".

(2) Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun.

(3) Suruhanjaya boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.

(4) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini,dan atas apa- apa terma yang difikirkannya patut,Suruhanjaya boleh 



    (a) membuat kontrak;dan (b) berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan harta tak alih 
      (i) memperoleh,membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu;dan (ii)memegang,menikmati,memindahkan,menyerah-hakkan,menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula,memindahmilikkan,atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai,harta dan kepentingan itu yang terletak hak pada Suruhanjaya

Seksyen 7. Jadual




Masa dan tempat mesyuarat

1. (1) Suruhanjaya hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan berkesan dan mesyuarat-mesyuarat itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Pengerusi, dengan syarat Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu di antara mesyuarat-mesyuarat.

(2) Pengerusi hendaklah mengadakan mesyuarat jika diminta berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya dua orang anggota Suruhanjaya.

Kuorum

2. Pengerusi dan dua orang anggota lain Suruhanjaya hendaklah membentuk suatu kuorum pada mana-mana mesyuarat Suruhanjaya.

Undi pemutus

3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

4. (1) Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkannya, tetapi orang yang hadir itu tidak
berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.

(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Ketetapan tanpa bermesyuarat

5.(1) Sesuatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam sesuatu mesyuarat Suruhanjaya jika —

    (a) semua anggota Suruhanjaya telah diberitahu tentang ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah dibuat untuk memberitahu semua anggota Suruhanjaya tentang ketetapan yang dicadangkan itu; dan (b) tanpa bermesyuarat, majoriti anggota Suruhanjaya menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan (2).
(2) Subperenggan (1) terpakai hanya jika Suruhanjaya —

    (a) memutuskan bahawa subseksyen (1)terpakai; dan (b) memutuskan cara yang melaluinya anggota Suruhanjaya boleh menandakan persetujuan dengan ketetapan-ketetapan.
Minit

6. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuarat Suruhanjaya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie dalam segala posiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya yang minit mengenainya telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Tatacara

7. Suruhanjaya boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Penzahiran kepentingan

8.(1) Seseorang anggota Suruhanjaya yang, secara langsung atau tak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, suatu kepentingan dalam suatu perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa cepat yang dapat selepas fakta yang berkaitan sampai kepada pengetahuannya, menzahirkan kepada Suruhanjaya hakikat dan jenis kepentingannya itu.

(2) Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Suruhanjaya dan, selepas penzahiran itu, melainkan jika dibenarkan oleh

Pengerusi 

    (a) anggota itu tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan Suruhanjaya tertentu perkara itu; atau (b) anggota itu tidak boleh dikira bagi maksud membentuk suatu kuorum Suruhanjaya berkaitan perkara itu.
Kesahan perbuatan dan prosiding

9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa 

    (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan,atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan,Suruhanjaya; (b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 8 oleh mana-mana anggota Suruhanjaya;atau (c) ada apa-apa peninggalan,kecacatan atau luar aturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya

10. Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya sebanyak yang perlu untuk menunaikan tugas mereka dengan berkesan.






Seksyen 8. Akuan berkanun oleh anggota Suruhanjaya.

(1)Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Suruhanjaya melainkan jika sebelum pelantikannya orang itu membuat suatu akuan berkanun sama ada dia mempunyai apa-apa kepentingan, dari segi kewangan atau selainnya,dalam apa-apa aku janji yang melibatkan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia.

(2) Jika seseorang anggota Suruhanjaya memperoleh apa-apa kepentingan,dari segi kewangan atau selainnya,dalam apa-apa
aku janji yang melibatkan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia dia hendaklah,dalam masa satu bulan selepas pemerolehan itu, memberikan notis secara bertulis kepada Menteri yang menyatakan kepentingan yang diperoleh itu, dan Menteri boleh,selepas menimbangkan perkara itu,jika difikirkannya patut,mengisytiharkan bahawa orang itu telah mengosongkan jawatannya.


Seksyen 11. Saraan dan elaun.

(1) Pengerusi hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri
Kewangan.

(2) Semua anggota Suruhanjaya yang lain hendaklah dibayar apa-apa elaun pada apa-apa kadar yang ditentukan oleh Menteri
selepas berunding dengan Menteri Kewangan.



Seksyen 16. Kuasa dan fungsi Suruhanjaya


(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi
dan multimedia dan,tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu,Suruhanjaya hendaklah juga mempunyai fungsi-fungsi
yang berikut:



    (a) menasihati Menteri tentang perkara-perkara berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia; (b) melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan- peruntukan undang-undang komunikasi dan multimedia; (c) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan multimedia; (d) menimbangkan dan mengesyorkan reformasi-reformasi kepada undang-undang komunikasi dan multimedia; (e) mengawasi dan memantau aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia; (f) menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang penyelidikan dan latihan; (g) menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri dalam industri komunikasi dan multimedia; (h) memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia; (i) memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada,dan untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan di kalangan,orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia;dan (j) menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta .
(2) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi,atau yang berkaitan dengan,atau yang semunasabahnya bersampingan dengan,pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.


Seksyen 18. Arahan Menteri.

(1) Suruhanjaya hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri.

(2) Menteri boleh memberi kepada Suruhanjaya arahan-arahan yang bersifat am yang tidak tak selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta ini berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan-arahan itu.






Seksyen 22. Pelantikan pekerja.

Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pekerja yang difikirkannya wajar dan perlu dan atas apa-apa terma yang pada
pendapatnya adalah sesuai bagi menjalankan maksud undang-undang komunikasi dan multimedia.

Seksyen 23. Syarat perkhidmatan.

Suruhanjaya boleh,dengan kelulusan Menteri,membuat peraturan-peraturan mengenai syarat perkhidmatan pekerja- pekerjanya.

Seksyen 24. Pinjaman dan wang pendahuluan.

Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Seksyen 26. Tatatertib.

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian.

Seksyen 34. Pemberitahuan surcaj.

Suruhanjaya hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 33.

Seksyen 46. Tahun kewangan.

Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Seksyen 49. Pelantikan dan kuasa pegawai penyiasat.

(1) Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai penyiasat yang difikirkannya perlu untuk menjalankan kuasa di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.

(2) Seseorang pegawai penyiasat hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan,dan penyiasatan tentang apa-apa kesalahan,di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.

Seksyen 50. Pekhidmat awam.

Pengerusi,anggota Suruhanjaya dan mana-mana jawatankuasa, dan pekerja dan ejen Suruhanjaya, semasa menunaikan tugas mereka di bawah Akta ini sebagai Pengerusi, anggota, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574 ].



SENARAI PINDAAN



Undang-undang
Pindaan
Tajuk Pendek
Berkuat kuasa
mulai

Akta A1148
    Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2002
15-6-2002
[P.U.(B)183/2002 ]
Akta A1231
    Akta Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia Malaysia (Pindaan) 2004
1-8-2005
[P.U.(B)251/2005 ]



1 Response to "AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA"

  1. fir says:
    June 8, 2010 at 6:59 AM

    akta yang lengkap dan panjang.... :)

Post a Comment